Ribut SONAMU ujian ALLAH S.W.T


Ekoran Taufan besar yang melanda Vietnam baru-baru ini, kini giliran Malaysia pula yang terpaksa menghadapi ujian kecil dari Ilahi ini. Menurut berita yang disiarkan di saluran TV1 sebentar tadi, Taufan kuat yang dikenali SONAMU akan membadai negara, namun telah terpesong di tengah-tengah lautan dan berpusar di kawasan tersebut (bulatan merah). Akibat dari itu, tempias dari taufan berkenaan akan dirasai penduduk yang tinggal di 3 negeri pantai timur yang utama iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Dianggarkan kira-kira jam 12.00 tengah malam ini akan berlaku angin kencang dan ombak setinggi 5.5 meter di pantai sekitar negeri tersebut. Penduduk dimaklumkan tidak perlu terlalu panik kerana ribut tidak akan membadai dengan mengejut. maklumat lanjut mengenai pergerakan angin di Cyclocane.
Allahuakhbar.

1 comment:

  1. i hope our village 'kelantan' freedom from this trouble..

    ReplyDelete