Arwah orang baik.


   
Tepat jam 3.00 ptg, panggilan dari mak long dijawab abah dengan nada yang sayu mengatakan bahawa pak long aku dh meninggalkan keluarga buat selama-lamanya. Kami sekeluarga bersiap untuk ke Kota Bharu selepas asar kerana jenazah akan disempurnakan pukul 10.00 malam kerana menunggu kepulangan anak-anak arwah yang berada di KL. Kelihatan sedih pada wajah ibuku beserta air mata yang menemaninya di kerusi rehat.
    Ibuku sedih kerana lebih 30 tahun dia mencari abang kandungnya sehinggalah tiba detik 14/4/2012 dengan kuasa ALLAH S.WT yang menemukan mereka di Kg Wakaf Zin, Jeli. Semenjak dari itu, kami sering saling berkunjungan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan yang baru sehinggalah pada saat arwah sakit tenat dan ditempatkan di Hospital Kota Bharu,Kelantan.
     "Setiap yang hidup pasti akan mati" dengan ayat ini abah menenangkan ibuku di dalam perjalanan ke rumah arwah. Setibanya di sana, kereta ditinggalkan kira-kira 50meter dari rumah arwah, aku dan abah bergegas cepat ke katil jenazah, perlahan-lahan abahku membuka kain yang menutup muka jasad pak long ku. Pada waktu tersebut, jenazah belum dimandikan lagi.
     Terpancar pada wajah jenazah satu Nur kurniaan ALLAH untuk orang yang baik. Diceritakan oleh penduduk sekitar dan kawan-kawan sekampung tersebut, arwah seorang yang baik dan disenangi oleh ramai orang. arwah tidak pernah memarahi jika ada orang berkata apa-apa kepadanya, malah hanya membalas dengan senyum sahaja.
     Jam 10.00 mlm, jenazah disembahyang lebih 50 orang termasuk aku, rata-rata mereka yang datang adalah dari kampung seberang.lebih kurang 10-15 minit, jenazah dibawa ke tanah perkuburan wakaf zin kira-kira 15km dari rumah arwah. Mengusung jenazah melalui lorong-lorong batu nisan adalah pengalaman baru bagiku ditemani 10 yang lain. Abahku mengetuai 2 sepupu ku yang lain di dalam liang kubur, sekujur badan ku angkat disertai yang lain dihulur ke dalam liang kubur. Kain pelikat ku ikat dipinggang tanda bersedia untuk menimbus tanah ke dalam liang kubur. selepas 15-20 minit, jenazah selamat disempurnakan. Alhamdulillah...
Al-Fatihah....

No comments:

Post a Comment