Seni Muay Thai



Muay Thai ialah satu jenis seni pertahanan diri yang unik dan kini terus diwarisi oleh generasi muda. Ia menonjolkan satu seni pertahanan diri yang mengguna sepenuhnya kekuatan tangan, siku, kaki dan lutut untuk menjatuh dan melumpuhkan lawan. Ia kelihatan agak ganas kepada orang yang melihatnya dari luar, malah sesetengah orang tetap menganggap ianya sebagai sukan paling ganas di antara seni pertahanan diri yang lain seperti tinju, taekwando, wushu, silat dan sebagainya.



Walaupun demikian, Muay Thai ini sebenarnya menyimpan rahsia yang besar tentang keistimewaannya. Hanya orang yang mempelajari sukan ini secara mendalam sahaja yang dapat memahaminya rahsia-rahsia ini. Pun begitu sukan ini tidak juga mengenepikan aspek-aspek kesopanan, kesetiaan kepada guru, kasih sayang antara rakan, keluarga dan masyarakat serta disiplin dalam peratarungan. Dapat juga diperhatikan bahawa ahli sukan Muay Thai ini mempunyai disiplin yang sangat tinggi di samping mereka mempunyai jati diri yang kuat terhadap negara. Di kalangan ahli dan pengamal sukan ini, biasanya perhubungan mereka sangatlah rapat dan mesra sekali tanpa mengira kaum, agama dan keturunan.

Tradisi sukan ini sebenarnya diwarisi dari Thailand walaupun ianya telah berkembang dengan pesat ke seluruh dunia. Sungguhpun begitu, keaslian seninya tetap dipertahankan dengan bertunjangkan tradisi masyarakat Thai. Pemeliharaan seni ini adalah kerana penghormatan pengamal sukan ini terhadap guru-guru Muay Thai yang telah menghasilkannya mengikut kepakaran masing-masing. Di antara guru-guru ini mereka masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri. Tradisi ini terus dipelihara dan diwarisi sebagai satu disiplin ilmu pertahanan diri yang penuh dengan nilai dan etika bersukan. Sama ada dalam konteks tradisi mahupun ciri-ciri luarannya, sukan ini berbeza jika dibandingkan dengan seni pertahanan diri yang lain yang seiras dengannya seperti “kick boxing” yang terkenal di barat Pertarungan berlaku dalam jarak dekat atau jarak dalam jangkauan oleh tangan dan kaki. Di luar ruang ini peninju kadang-kadang menerpa dan bergerak kehadapan dengan pantas membuat pukulan dan tendangan. Dalam jarak paling dekat ketika dua peninju berpaut dan merangkul bahagian atas badan lawan, peninju masih tetap membuat pukulan yang kuat dengan menggunakan lutut, tumbukan dan rangkulan itu sendiri yang boleh merebahkan lawan. Peninju akan berusaha mengawal lawan dengan mengguna setiap ruang yang terdedah dengan pantas. Kelebihannya tetap kepada kekuatan pukulan dan kepantasan bertindak dalam kesempatan yang ada membelasah lawan. Suatu masa peninju Muay Thai ini bertarung tanpa glove tangan, walau bagaimanapun seiring dengan perkembangan dunia bersukan, penggunaan pelbagai jenis glove telah menjadikan sukan ini lebih menarik. Bertarung tanpa kasut di dalam gelanggang masih diteruskan hingga kini.




Sejarah

Sukan dan seni pertahanan diri Muay Thai ini telah hidup dengan begitu subur dan meluas dalam masyarakat Thai hari ini. Ia bukan sahaja terkenal di Thailand malah kini telah merebak di seluruh dunia sebagai seni pertahanan diri yang mempunyai kekuatan dan keistimewaan yang tersendiri. Ia juga dianggap raja dalam sukan pertarungan secara berdepan dan raja sukan pertarungan gelanggang. Muay Thai dipercayai telah hidup dalam masyarakat Thai sejak tahun 1650 apabila Raja Siam Nasesuen yang ditangkap oleh raja Burma lalu menawarkan pembebasannya dengan bersyarat iaitu menentang jaguh-jaguh tinju Burma. Pertarungan untuk pembebasan ini berlangsung dengan kejayaan beliau mengalahkan 12 jaguh Burma yang mencabarnya. Kejayaan ini menobatkan beliau sebagai jaguh negara sehinggalah sukan ini dijadikan salah satu aktiviti sukan lasak masa lapang di dalam masyarakat Thai. Muay Thai sebelum itu, berasal dari sukan yang disesuaikan daripada sukan tentera Thai. Pada satu-satu masa askar-askar Thai berlatih bertarung dengan menggunakan kudrat empat kerat iaitu, tangan kaki, lutut dan siku. Mereka meletakkan senjata dan menguji kekuatan tenaga dalam pertarungan ini sebagai satu disiplin menguji kekuatan fizikal.

Adat Ram Muay

Ram Muay sebenarnya adalah satu disiplin menghormati seni pertarungan ini. Ini sebahagian dari adat masuk gelanggang, berlawan sebagai satu aktiviti sukan. Acara ini bermula dengan berjalan mengeliling gelanggang dengan melurut tali gelanggang dengan iringanmuzik tertentu. Adat ini mendidik pengamalnya tunduk terhadap Tuhan mengikut kepercayaan masing-masing, menghormati guru dan rendah diri sesama rakan-rakan seperguruan serta berpegang teguh dengan disiplin pertarungan. Persembahan mereka semasa beramal dengan adat Ram Muay ini menggambarkan tentang tahap disiplin, dan nilai diri yang di dukung oleh seorang ahli Muay Thai.

Semasa pertandingan kita boleh menyaksikan kedua-dua peninju akan bertarung mati-matian hinggalah ia dapat mengalahkan lawannya. Walaupun demikian yang indah dalam seni pertahanan diri ini, kita juga dapat melihat kedua-dua peninju berpelukan selepas pertarungan itu berakhir atas semangat kesukanan. Mereka dapat mengasingkan antara sukan dan emosi dengan penuh disiplin. Keunikan ini sukar diperhatikan dalam acara sukan-sukan pertahanan diri yang lain di mana kita melihat orang yang menang akan muncul dengan begitu megah dan bongkak sedang yang tewas berasa sangat kecewa, Dalam Muay Thai mereka akan terus dapat berbual dengan baik dan sopan di luar gelanggang sebaik sahaja tamat perlawanan.

Akademi


Melihat dengan perkembangan yang begitu rancak di seluruh dunia khususnya di barat, Bernard Radin ingin memulakan dan memperkembangkannya sukan ini di Malaysia dengan harapan ia dapat membentuk jati diri anak-anak Malaysia menerusi penghayatan terhadap disiplin sukan ini. Beliau telah memberi tumpuan yang serious serta berkorban masa dan tenaga mempelajari pelbagai sukan pertahanan diri. Selama lebih kurang 10 tahun beliau telah berkecimpung dalam sukan ini demi untuk mendalami keistimewaannya. Kini ia telah memberi tumpuan sepenuh masa terhadap sukan ini menerusi Akademi Muay Thainya di Ipoh sebagai langkah pertama memperkembangkan tradisi ini kepada rakyat Menerusi minatnya yang mendalam ini beliau ingin mencurahkan kembali pengalamannya sebagai suatu yang disebutnya pemberian balik kepada masyarakat atau "GIVE BACK TO SOCIETY".

Akademi ini ditubuhkan di Ipoh Perak justeru di sinilah beliau mendapat pendidikan awal dan dibesarkan. Di sini juga beliau memulakan semua aktiviti mempelajari seni mempertahankan diri sebelum beliau berlatih di Thailand. Beliau memulakan akademinya di Pekan Tambun dan ingin mengajak anak-anak remaja membentuk imej diri yang positif dan membina jati diri dalam disiplin Muay Thai. Menurut beliau, sukan ini boleh mengembalikan anak muda Malaysia kepada imej diri yang positif dalam masyarakat. Beliau yakin, sukan ini dapat membantu mengurangkan gejala negatif seperti dadah, gengsterism, dan rempit yang telah menarik dan merosakkan jiwa anak muda yang sedang bergolak.


from : http://martialarts.com.my/community/modules/news/article.php?storyid=1164#.TtZpjn4qN5E.blogger

Salam Maal Hijrah..


Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ALLAH S.W.T.. Dapat kita menjengah ke 1433H..

Salam maal hijrah buat semua umat islam di dunia ini.. semoga berhijrah ke arah yang lebih baik dan diredhai ALLAH S.W.T..

Hijrah bermaksud perubahan dari sesuatu keadaan ke arah yang lebih baik..

keris ku hunus, xkan ku sarung jika x brdarah..



=( sedih..... hm.... hri paling sedih.. npe dyer wt gtu,, apa salah aku? salah ke aku truskn blajar? =( dye x fham,,, aku akan kejar cita2 aku hngga nafas terakhir aku..
aku akan lakukn ap sjer utk capai cita2,, YA ALLAH.. kuatkn hmbaMU ini.. Aturkn setiap lngkah ku ke jalan Mu Ya Allah.. =(

I'm Back..UITM...!!! hhehehehehe..

huuuaaarghh,,, bru smpai kolej.. nk rehat2 jap,then kemas barang, even umah aku dkat,tp pnat woo... barang bukan main banyak lagi aku bawak..haha, hmm sedih pn ade jgk, mase peluk ibu aku tadi,, tp,, xpe,, aku dtg blajar, bukan nk perang..

PTPTN aku pn da msuk, ..heheee..sukew3.. tp time nk bayar tu laa yang duka.hek3.. tp HUTANG WAJIB DI BAYAR WALAU X DI TUNTUT,,, ingat tu,,

da RM1200 duit aku hbes,,hahaha boros kn? x ah.. kasi ibu aku.. aku xske shoping sbab aku boros..

Tapi ,,aku pelik ni.. mane lagi budak2 UITM ni .. boring r sorang2 dalam bilik.. heh3..
Minggu depan meriah la UITM ni..sbab rmai student2 diploma masuk.. mjoriti plajar kt sini pn,, yg buat diploma..ok2,, tu je aper yg aku nk gtau,,, bye3..

Assalamualaikum...!!! apo kabar ore klate.. boring weh tengohari gini..

aduh,,, panas molek tngohari ni,, peseng supo ptg ni nk ujan ni.. biaso kalu sihat molek, aku trun g ngail belut kt sawoh,, hahahahaahaha,, febret kawe tu.,,  belut goreng sambal.

Tapi..nok wt guano.. kaki ambo x sia (sembuh) lagi ni,,napok isi meroh lagi. jadi xleh nk gerok mano laa,,

biaso la.. hidup d kmpong,, ado sawoh, ado bukit, ado lembu, ado kuba. ado litoh ngn pacat..hehe.. cm lagu pulok..

aku suko hidup kmpong gini.. bebas.. xdop masaloh,
 pagi2 aku bngun, dngar aye kukuk, dngar brung si'ul.. sawoh padi ado air embun.. tengohari mke nasi.. budu,ngn ulam,, hahahahahha... nikmat di kmpong.. KL xdop gini.. hehhe...


ado hok x paham ko celoteh aku ni,,? hahaha.. maaff.. 
"nak belajar cakap kelantan?" gtau jer,, aku bleh tlong... ummm..n klau ada kawan2 aku yg nk dtg rasa pn bleh,, dtg r,, bermalam kt sini,,bilik banyak =)
okey.. nak mandi dah,,,  panas sngguh..

Aku Percaya Apa Yang Orang Tak Percaya

Setiap ciptaan ALLAH itu, ada hikmahnya dan tidak seorang pun bisa menyangkal. DIA  tidak hanya mencipta makhluk bernama manusia, tumbuhan dan haiwan,malah ada yang tidak dapat kita tafsir dengan mata kasar.


Zaman moden serba canggih, mendorong manusia lalai dan tidak mengendahkan perihal "Makhluk Halus". Kalian ? just diam 5 saat dan fikirkan.


Hakikat sebenar, kita dikelilingi oleh "Mereka2".. seperti manusia, ada golongan baik,dan ada yang jahat, tapi manusia tidak di izinkan ALLAH untuk melihat mereka. Ibunda hamba ada berpesan,"ada sejenis ilmu (ilmu dunia) dmana jika mengamalnya, kamu akan dapat lihat dgn jelas mereka2 semua tnpa lapisan, tapi, manusia akan mati dalam ketakutan jika tidak kebal iman nya.."


Kalian tentu berfikir sejenak,, apa mungkin semua ini? boleh percaya atau tidak? dimana sumber? jawapan nya,, akan hamba jawab bila ada yang ingin tahu.


TAPI ingat ya,,hamba tulis semua ini, bukan untuk menyesatkan umat hamba, tapi sekadar ingin berkongsi ilmu yang hamba tahu dan yang kalian tidak tahu. DAN kita wajib percaya pada Qada' dan Qadar..


Yang dimaksudkan dengan makhluk-makhluk halus itu ialah makhluk-makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata atau dirasa dengan tangan.  Mereka hidup di alamnya atau alam ghaib.


Makhluk-makhluk ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat, yang sentiasa taat kepada perintah Allah, dan ada yang asal kejadiannya daripada api iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya.


Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah s.w.t. Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t.:



AI-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka

yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang
mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami 
anugerahkan kepada mereka.