Aku Percaya Apa Yang Orang Tak Percaya

Setiap ciptaan ALLAH itu, ada hikmahnya dan tidak seorang pun bisa menyangkal. DIA  tidak hanya mencipta makhluk bernama manusia, tumbuhan dan haiwan,malah ada yang tidak dapat kita tafsir dengan mata kasar.


Zaman moden serba canggih, mendorong manusia lalai dan tidak mengendahkan perihal "Makhluk Halus". Kalian ? just diam 5 saat dan fikirkan.


Hakikat sebenar, kita dikelilingi oleh "Mereka2".. seperti manusia, ada golongan baik,dan ada yang jahat, tapi manusia tidak di izinkan ALLAH untuk melihat mereka. Ibunda hamba ada berpesan,"ada sejenis ilmu (ilmu dunia) dmana jika mengamalnya, kamu akan dapat lihat dgn jelas mereka2 semua tnpa lapisan, tapi, manusia akan mati dalam ketakutan jika tidak kebal iman nya.."


Kalian tentu berfikir sejenak,, apa mungkin semua ini? boleh percaya atau tidak? dimana sumber? jawapan nya,, akan hamba jawab bila ada yang ingin tahu.


TAPI ingat ya,,hamba tulis semua ini, bukan untuk menyesatkan umat hamba, tapi sekadar ingin berkongsi ilmu yang hamba tahu dan yang kalian tidak tahu. DAN kita wajib percaya pada Qada' dan Qadar..


Yang dimaksudkan dengan makhluk-makhluk halus itu ialah makhluk-makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata atau dirasa dengan tangan.  Mereka hidup di alamnya atau alam ghaib.


Makhluk-makhluk ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat, yang sentiasa taat kepada perintah Allah, dan ada yang asal kejadiannya daripada api iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya.


Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah s.w.t. Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t.:



AI-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka

yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang
mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami 
anugerahkan kepada mereka.


       

No comments:

Post a Comment