jodoh ada depan mata lorhhh

Assalamualaikum #


Hye ! Rasanya dah lama kan megat tak update belog nie. Takde idea2 baru yang nak dikongsi lorhhh. Lagipun busy sikit sekarang nie. Yelarhh, buat kerja part time kan. Huhuhu :-) Topik hari ni : Beza Mahasiswi dan Mahasiswa Di Universiti Bila Bab Jodoh


Kalau kiteww survey mesti ramai bagi jawapan yang sama iaitu : JANTINA : rite ? Kenapa mesti jantina ? Sebab tu jea perbezaan yg ketara bagi mahasiswa dan mahasiswi kan. Huhuhu. Kalau macam tu budak sekolah darjah 6 pon tahu. Tapi megat nak ceritakan perbezaan dari segi tahap MARKET seseorang mahasiswa/mahasiswi tue. Dalam erti kata lain,tahap laku lah. haha :-)




Ok kalau perempuan atau pun mahasiswi.. Tahap market dia yang paling tinggi ialah semasa mereka di semester satu.. Masa tu la banyak mata2 yang memandang mereka kerana dalam fikiran setiap lelaki ketika itu.. Mereka ini single..  Jadi waktu semester satu ni la perempuan akan menaikkan harga dalam erti kata lain jual mahal..haha




Tapi berbeza dengan lelaki iaitu Mahasiswa mereka akan lebih dipandang bila mereka berada di semester akhir.. Ini kerana tahap konfiden perempuan kepada lelaki tinggi pada masa ini.. Bagi mereka.. Lelaki akan lebih bersedia terutama dalam segi bajet ataupun kewangan kerana lelaki akan menempuh alam perkerjaan tidak lama lagi..

Betul tak aper yang megat katakan? ke x betul? kalau x betul.. Sila nyatakan hujah anda dibahagian komen.. eeeeeewwwwwaaahhh.. macam berdebat pulok.... Sila2

P/S: pergi U nak belajar ke nak cari jodoh? Hahaha.



PIC for today :