kawal marahmu :")

#Assalamualaikum#

Terasa seperti sudah lama tidak menulis di belog nim. Alhamdulillah, sekarang sudah melangkah ke semester yang seterusnya. Berakhir sudah semester 2, semoga semuanya akan menjadi pengajaran dan teladan buat diriku. Dannn semoga semester tiga ini, setiap azamku akan tercapai. Amin.

Kini diriku terlalu sibuk dengan setiap program-program yang akan dijalankan oleh universiti. Biasalah sebagai manusia, diriku juga kadang-kadang mempunyai perasaan marah dan tertekan. Bila amarah tu datang, rasa macam nak buat sesuatu perkara yang tak sepatutnya. Nafas jadi tak teratur. Muka jadi merah macam udang kena bakar dah. Sape pernah rasa macam tu? Mesti semua pernah kann? Tak tak! I mean, mesti dikalangan kita ada yang pernah rasa macam tu kan? Hehehe.

Entri kali ni, just nak berkongsi cara tuk kawal marah. Sebenarnya cari kat pakcik google jea. Di'edit' sikit-sikit jea ye. Pemalas kan? Memang tuan belog ni pemalas pomm. Hehehe. Maaf ! Okay, back to the topik. Ni cara-cara untuk korang kawal marah :
  • Segera mengingati Allah S.W.T, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dengan cara mengucapkan basmalah dan melafazkan dua kalimah syahadah dalam hati sambil menarik nafas dalam-dalam.
  • Berdiam diri dengan menfokuskan ingatan bahawa Allah sentiasa melihat kita. Berdiam lebih baik kan. Sebab setiap kata yang keluar bila tengah marah tu adalah hasutan syaitan.
  • Ubah posisi tubuh ke paras lebih rendah ; duduk atau berbaring sambil mengatur nafas dengan lebih stabil. Lepas tu tidur, bangun je mesti rasa segar. Betul !
  • Mengambil wuduk atau mandi sambil berdoa agar tubuh dijauhkan dari elemen yang negatif. Air jea boleh melawan api kan?
  •  Melihat wajah di cermin ketika marah. Itulah wajah kita yang sebenar ketika api syaitan sedang membakar dalam diri. Tak lawa/hensem langsung pommm. Kan ?
Sampai sini jea lah. Kalau korang ada baca buku Q&A edisi ke-6, semuanya telah diterangkan lebih terperinci. Last word, kawallah marah anda, kerana marah boleh menyebabkan emosi tak stabil dan ramai yang akan menjadi mangsa. Kalau korg la kan, korang nak tak kawan dengan seorang yang pemarah? Taknak rite? Nyte. Assalamualaikum :")

Penghayatan Kemerdekaan yang X BETUL!!!


Sering kita lihat, banyak pihak yang menghayati kemerdekaan dgn cara yang tidak betul. Sebagai contoh pembaziran makanan yang tidak masuk akal seperti yg berlaku di pasir mas kelantan, 2.5 TAN pulut dibazirkan semata2 untuk mghasilkan jalur gemilang dan mencipta sejarah.. yang paling sedih.. ianya hanyalah untuk tatapan pada detik 12 malam. Masuk akal ke?  Tidak hanya di Kelantan, 13 sept 2012, di Kuala Langat, 28,880 keping tempe digunakan untuk menghasilkan jalur gemilang sempena memeriahkan bulan kemerdekaan.. apa semua ni?


Persoalan sekarang, wajarkah pembaziran ini? tidak ada cara lain untuk menghayati kemerdekaan dan mencipta nama? Tin,Kertas,Plastik, Botol contohnya, boleh je kumpul dan hasilkan jalur gemilang dari bahan tersebut.

Di negara lain, ramai lagi yang kebulur tak makan, rakyat negara kita? Pulut..tempe.. membazir macam tu jer..
 “Pulut tu kita akan agihkan kepada penduduk kampung sekitar sini” heyy.. luu sembangg..lahh!!!! 2.5 tan tu,, bukan 2.5 kg. Tempe?? Haa.. bg lembu makan laa tuu.. student kolej tu boleh telan ke tempe banyak tu?

Pembaziran yang tak patut..Membazir itu dibenci tuhan. Nak sangat masuk Malaysia Book of Record (MBOR)...Oooii.. orang da sampai ke bulan dah.. xperlu semua ni.. Negara luar pon fikir 100x nk buat ke x..

“SESUNGGUHNYA  MEMBAZIR ITU AMALAN SYAITAN”

Sekian...  Su///