kawal marahmu :")

#Assalamualaikum#

Terasa seperti sudah lama tidak menulis di belog nim. Alhamdulillah, sekarang sudah melangkah ke semester yang seterusnya. Berakhir sudah semester 2, semoga semuanya akan menjadi pengajaran dan teladan buat diriku. Dannn semoga semester tiga ini, setiap azamku akan tercapai. Amin.

Kini diriku terlalu sibuk dengan setiap program-program yang akan dijalankan oleh universiti. Biasalah sebagai manusia, diriku juga kadang-kadang mempunyai perasaan marah dan tertekan. Bila amarah tu datang, rasa macam nak buat sesuatu perkara yang tak sepatutnya. Nafas jadi tak teratur. Muka jadi merah macam udang kena bakar dah. Sape pernah rasa macam tu? Mesti semua pernah kann? Tak tak! I mean, mesti dikalangan kita ada yang pernah rasa macam tu kan? Hehehe.

Entri kali ni, just nak berkongsi cara tuk kawal marah. Sebenarnya cari kat pakcik google jea. Di'edit' sikit-sikit jea ye. Pemalas kan? Memang tuan belog ni pemalas pomm. Hehehe. Maaf ! Okay, back to the topik. Ni cara-cara untuk korang kawal marah :
  • Segera mengingati Allah S.W.T, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dengan cara mengucapkan basmalah dan melafazkan dua kalimah syahadah dalam hati sambil menarik nafas dalam-dalam.
  • Berdiam diri dengan menfokuskan ingatan bahawa Allah sentiasa melihat kita. Berdiam lebih baik kan. Sebab setiap kata yang keluar bila tengah marah tu adalah hasutan syaitan.
  • Ubah posisi tubuh ke paras lebih rendah ; duduk atau berbaring sambil mengatur nafas dengan lebih stabil. Lepas tu tidur, bangun je mesti rasa segar. Betul !
  • Mengambil wuduk atau mandi sambil berdoa agar tubuh dijauhkan dari elemen yang negatif. Air jea boleh melawan api kan?
  •  Melihat wajah di cermin ketika marah. Itulah wajah kita yang sebenar ketika api syaitan sedang membakar dalam diri. Tak lawa/hensem langsung pommm. Kan ?
Sampai sini jea lah. Kalau korang ada baca buku Q&A edisi ke-6, semuanya telah diterangkan lebih terperinci. Last word, kawallah marah anda, kerana marah boleh menyebabkan emosi tak stabil dan ramai yang akan menjadi mangsa. Kalau korg la kan, korang nak tak kawan dengan seorang yang pemarah? Taknak rite? Nyte. Assalamualaikum :")

No comments:

Post a Comment